Sepasang suami isteri berjalan di tepi tasik yg indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yg disediakan di tepi tasik.Kemudian si isteri bertanya kepada suami.
Isteri: Mengapa abang menyintai saya??
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang mnyayangi & mencintai sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya?Bagaimana abang boleh katakan abang sayang&cintakan saya,sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!
Isteri : Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.Kawan-kawan saya yg lain mempunyai suami&teman lelaki ,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi&syair lagi.Tetapi mengapa hanya abang tidak boleh menerangkannnya....
Si suami menarik nafas panjang dan berkata:
Suami: Baiklah..abang mencintai sayang sebab sayang cantik,mempunyai suara yg merdu,penyanyang dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis sayang & setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!
Si Isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri kemalangan dan koma.Si suami amat sedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yg disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Kandungan surat tersebut..
"sayang"!..
Jika disebabkan suara aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau bersuara?Tidak! oleh itu aku tdk boleh mencintaimu..
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?Tidak! oleh itu aku tdk boleh mencintaimu..
Jika disebabkan senyumanmu aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau tersenyum?Tidak! oleh itu aku tidak boleh mencintaimu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! oleh itu aku tidak boleh mencintaimu..
Jika cinta memerlukan sebabnya..Sekarang aku tidak mempunyai sebab lagi utk mencintaimu!
Adakah cinta memerlukan sebab?Tidak! Aku masih mencintaimu dulu,kini dan selamanya..
Cinta tidak perlukan sebab! Hanya dapat dirasai dalam hati..
0 comment!:
Catat Ulasan