Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yg bermaksud :
"Lelaki yg kuat itu bukanlah seorang penggusti yg kuat,tetapi org yg mampu mengawal dirinya ketika marah"
contoh melalui sirah ketika dalam sebuah peperangan,Saidina Ali sudah hampir pasti membunuh musuh lalu musuh tersebut meludah ke Saidina Ali menyebabkan beliau berasa marah. Disebabkan beliau mempunyai kawalan diri yg kuat,Saidina Ali membatalkan niatnya membunuh musuh tersebut lalu menjadi tanda tanya kepada musuh yg sudah rela nyawanya dicabut itu.Lalu ditanyakan kpd Saidina Ali
"Mengapa engkau tidak membunuhku?sedangkan engkau mampu membunuhku?"
Jawab Saidina Ali "aku membunuh musuh dalam peperangan kerana ALLAH.Apabila kau meludah ke arahku aku berasa marah,dan aku tidak mahu membunuhmu kerana perasaan marahku"
Disebabkan kehebatan kawalan diri itulah sinar hidayah tertusuk ke dlm dada musuh dan memberinya hidayah utk memeluk dan menerima Islam sebagai agama.
0 comment!:
Catat Ulasan