Isnin, 20 Februari 2012

♥ Hati Yang Pernah Dikecewakan ♥



Cinta kurniaan Illahi mengapa mesti dibenci?
Apa yang harus dibenci serta dihindari adalah kepalsuan cinta!
Cerita sedih cinta adalah kenangan masa lalu
Mereka yang kecewa bercinta perlu mencari satu dimensi kehidupan baru
Membezakan antara masa sekarang dan masa lalu amat penting
Keadaan itu dapat memberi peluang dan ruang untuk bergerak ke masa hadapan 
Dan tidak hidup dalam dunia semalam
Belajar untuk membuka diri dan runtuhkan dinding ketakutan bercinta 
Perasaan takut disebabkan kita membina dinding untuk jatuh cinta lagi
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka hanya membangunkan dinding bukannya jambatan kasih sayang.


Bercinta adalah satu risiko. 
Ambil risiko dan jangan takut untuk jatuh cinta lagi. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai.
Itu adalah keistimewaan kehidupan.
Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk merapati kegagalannya
Tetapi dengan lapang hati mencari jalan untuk memulihkan kembali kerugiaan dialami.
Binalah kepercayaan bahawa kita adalah insan yang bernilai dan berhak meyayangi serta disayangi


Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
Apabila percintaan tidak berkekalan,mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.
Kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu. 






0 comment!:

Catat Ulasan

f