Jumaat, 10 Februari 2012

♥ Wanita - Wanita Solehah ♥




Mampukah aku menjadi seperti Khatijah? 
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah 
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah 
Penawar hati kekasih Allah dan senang rela bersama…
Susah Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah? 
Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan
 Tiada sukar untuk dilaksanakan… 
Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah Akur dalam setiap perintah
 Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang 
Tiada memiliki harta dunia
 Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga… 
Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sarah….
 Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah
 Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak 
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
 Itulah wanita Hajar….
 Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah
 Harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah..





0 comment!:

Catat Ulasan

f