Sabtu, 18 Februari 2012

♥ p a t a h h a t i !! ♥





patah hati!
Itu menjadi kebiasaan pada pasangan yg berkasih seperti aku
Ya Allah! perit,pedih dan sengsara aku rasakan sekarang..
Aku harap kesedihan ni takkan kekal lame
Kebahagiaan! aku menunggu mu..
**********************************************************************************
Hari-hari bahagia telah berlalu pergi dan hari-hari kesedihan kini melanda diriku.Ya Allah! Sakit hati ini! itulah kalimah yg selalu aku sebut dan berada dalam fikiran ku sekarang!Seminggu yg lalu dia ambil cuti dari kolej nya dan pulang ke rumah.Aku rasakan ade yg tak kene pada dirinya setelah beberapa hari dia pulang ke sini.
Aku ingatkan ini semua hanya sementara tapi kini telah berlarutan dari hari ke hari sehingga kini. Kelakuannya
semakin pelik pada diriku.Aku tidak lagi penting dan utama bagi dirinya.Aku tak tahu kenapa dia berubah seperti itu.Mungkin dia sudah ada pengganti lain?atau mungkin dia sudah tidak lagi sayangkan aku?
Pada 2/2/2012 kami baru menyambut ulang tahun yg ke 4 untuk hubungan cinta kami.Tapi selepas itu semua berubah dan tak macam dulu lagi.Layanan nya terhadap diriku begitu ketara.Aku sangat sedih kenapa dia buat aku cam ni?apa salah aku? dari hari ke hari,aku asyik menangis dan sedih sampai pada suatu malam aku dah letih untuk menangis dan aku tekad untuk tidak lagi menangis untuk dirinya.Aku mulai sedar tak gune aku menangis untuk dirinya kerana hanya aku yg rugi dan dia tidak mungkin akan berubah lagi! selepas dari kejadian itu,aku tekad untuk tidak lagi bodohkan diriku menyayangi dirinya kerana aku sedar itu hanya akan membuatkan aku kecewa dan patah hati sekali lagi!ALHAMDULILLAH tuhan makbulkan apa yg aku nekadkan sejak malam itu,aku tidak lagi menyayangi dirinya seperti dulu,bukan hanya dia seorang,tapi untuk setiap lelaki! aku tidak dapat menerima mane-mane lelaki lagi yg hadir dalam hidupku.Tapi aku percaya dgn qada' dan qadar suatu hari nanti mungkin aku akan kembali menyayangi seseorang,itu tidak dinafikan..tapi bukan dalam masa terdekat! kerana aku telah patah hati! mungkin aku perlukan sedikit masa untuk menyembuhkan luka di hati ini.



HARUS SELALU KAU TAHU
AKU LAH HATI YANG TELAH KAU SAKITI :')









0 comment!:

Catat Ulasan

f